Tuesday, February 14, 2012

Bukan Pewaris Iman




Subuh ini sunyi dan sepi sekali
usai solat bermuhasabah diri
mengenang dosa mengenang khilaf
sungguh aku ini hamba yang mudah alpa
sedikit nikmat di beri aku terus lupa

didikkan agama di beri mak dan ayah
berharap aku jadi menusia berguna
solat jangan tinggal,solat jangan tinggal
berkali mak dan ayah mengingatkan
kala berjauh dengan mereka

tidak ada yang kurang pada didikkan agama
tetapi hati lemah terlalu mudah mengalah
bukan salah mak dan ayah yang mendidik
tetapi diri sendiri yang gagal mendidik hati
sedangkan sedar iman itu pelindung diri


Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa

Ia tak dapat dijual-beli

Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua

Engkau mendaki gunung yang tinggi

Engkau berentas lautan api

Namun tak dapat jua dimiliki

Jika tidak kembali pada Allah

Jika tidak kembali pada Allah
...


tiap kali mendengar bait ini
hati tersentuh pedih dan sakit
aku menangis kenangkan dosa yang terkumpul
entah bila diri ini akan benar-benar suci
dari noda dan dosa

sering kali aku terdengar dari bilik
suara mak dan ayah berlagu sayu
dengan ayat suci Al-quran
tetapi apa yang jadi pada aku
hanya sekadar dengar dan memandang sepi

Tuhan...
jangan jauhkan aku dari naungmu
jangan tinggalkan aku sendiri
sungguh aku ingin kembali padamu
terus memeluk erat dan mencintaimu...







sungguh aku takut pada kegelapan
sungguh aku takut jika ditinggalkan
dan aku sedar,proses penyucian dosa
itu
bukan sesuatu yang mudah

dan Tuhan uji aku untuk
melihat
tahap keikhlasan hati ini...



17 comments:

maisarah sarah said...

sama la.selalu mak dok pesan semayang jgn tinggal.kadang2 subuh2 ari mak dah call suruh bgn solat.

kadang-kadang jenuh mak nasihat macam2 tapi xnak dengar.padahal benda tu untuk kebaikan sendiri jugak.hurm...aku juga mahu berubah tapi dugaan dunia terlalu hebat

Mutiara Bernilai said...

aku juga, mahu berubah..

wanna improved myself A LOT!

hu..

apapun dear, mmg dugaan dunia itu hebat, tp jgn lupa, kamu juga adalah sang sperma yg terhebat.. kamu dan kita semua mampu, sebab itu janji DIA..

yakin dengan itu, dan terus melangkah. itu sudah cukup.

Mutiara Bernilai said...

iman adalah mutiara~ :)

lieynanilaz said...

iman tidak boleh diwarisi...setuju!

miera said...

Alhamdulillah,, itu bukti Allah itu masih sayangkan kamu,, Dia tak tinggalkan kamu,,

Bila mana kamu memikirkan dosa yg pernah di lakukan n menyesali, maknanya Allah telah memberi peluang pada kamu untuk berjalan di atas jalanNYA,

dania said...

Tuhan tak pernah tinggalkan hambaNya. cuma, hambaNya je yang selalu lari tinggalkan Dia..

Dia Maha Pemurah, Maha Mendengar..

Mintalah pada Dia, rintihlah pada Dia.. kamu akan lebih dekat dengan Dia. InsyaAllah..

blog-tips-kurus said...

mudah-mudahan kita tidak tergelincir..

Zehan Ilyana said...

moga kita semua diampunkan olehNya...


p/s: a'ah saya rabun teruk dulu. tapi, sekarang dah okay lepas pakai air zam-zam. cuma masih lagi kabur tapi tak seteruk dulu. tak dapat nak pakai cermin mata sebab kornea rosak...:)

ewanthology said...

apabila hidayah-Nya sudah sampai, jangan dilepaskan pergi

ghost said...

kedewasaan itu menuntut tanggungjawab utk diri sendiri.pesanan orang tua cuma sebagai panduan.mana lah tau kalau semakin jauh tersasar.

Unknown said...

ermmm muhasabah diri

BERMASALAH said...

sama2 doakan iman kita yazid selalu. amiin.

iman aku bertambah bila baca entri ni. terima kasih kamu :)

Serunai said...

Amin..

Paolo Balam said...

sama-sam kita mencari sinar itu. dah jatuh terduduk baru aku nak kembali mencari. syukurlah~

Puteri said...

ingat Tuhan dikala senang
Tuhan akan mengingatimu dikala kau susah

~Sal Ismail~ said...

"..Biarlah byk kali tersungkur..bangkitlah kembali..
Allah akan menerima hambaNya..jgnlah malu kembali kepadaNya
Selangkah kita kepadaNya..seribu langkah Dia kembali
kepada kita.." =)

Unknown said...

Jika kamu sudah sedar, maka berubahlah... Usah hnya bermenung pada pintu kedukaan ... Tapi berjalanlah mengharunginya...


Semoga kamu kuat menghadapi dugaan dunia...