Saturday, January 8, 2011

KUSUT

- kusut -
.
jiwa menjadi kacau dan mood mula tak menentu,tak tahu nak pilih jalan apa lgi semua sudah jadi berantakkan.ditelan mati emak diluah mati bapak rasa serba salah semakin menebal dalam diri.tindakkan seterusnya ialah larikan diri sejauh yang mungkin,buang segala alat telekomunikasi supaya jejak hilang tanpa dapat dikesan.mahu pergi jauh dari sini dan hilang hingga dilupakan kewujudan.soalnya siapa yang mencari sebab?
.
ya mengaku itu salah dan silap sendiri,kalau tahu semua jadi begini dari awal lagi dah menarik diri.tapi kenapa hati terlalu berbaik hati dan bersimpati kenapa? ingatkan dulu dah jumpa jalan cerita penamat titik noktah dan segala kelemahan.tapi semalam jadi lain perbualan agak serius, sedikit ujian di beri dah nampak kebenaran yang bakal berlaku kelak.resah memikirkan pekara yang tak dingini akan berlaku.seboleh-bolehnya tidak mahu ada hati yang akan terluka tapi bagaimana?
.
cinta pura-pura itu lebih kejam daripada penolakkan.istikharah adalah jalan penyelesaian terakhir dan juga adalah jawapan bagi pemilihan.tapi seandainya salah satu pihak tidak dapat menerima kenyataan bagaimana? aku dah buntu aku dah mati akal,ada sesiapa tahu bagaimana cara untuk memutuskan sesuatu hubungan tanpa menyakiti hati sesiapa? atau jalan yang aku perlu pilih adalah menghilangkan diri atau mungkin juga tidak perlu memilih salah satu dari keduanya?
.
.
.
.
.
sigh~
.
.

No comments: