Wednesday, February 20, 2013

Bebas




Akhirnya aku sudah bebas dari bebanan yang selama ini aku tanggung.Ya,awal januari lalu dengan rasminya jawatan yang aku sandang hampir 2 tahun lebih itu akhirnya di serahkan kepada ahli yang baru.Aku sudah berfikir masak-masak,pada mulanya aku di landa kerisauan takut nanti jika mereka yang memegang jawatan itu tidak mampu melakukan kerja yang terbaik malah lebih baik lagi dari aku.Tapi jika terlalu di ikutkan,aku sendiri tidak akan ke mana-mana,bah kan ia sebenarnya langsung tidak punya kepentingan pun pada aku selama 2 tahun aku bersama jawatan ini.

Dalam beberapa tahun ini,aku membuat pemerhatian dan penilaian setiap budi dari ahli.Banyak yang mengguris hati dari kegembiraan yang aku harapkan seperti ahli-ahli terdahulu.Apa yang aku lihat hanya mereka berlumba-lumba untuk mendapat perhatian dan kedudukkan tinggi tanpa memikirkan ahli junior yang lain.Memang wajar satu persatu dari ahli terdahulu mengundur diri hanya kerana (seseorang).Dan kini aku juga mengikut jejak langkah mereka yang lain dengan mengundur diri secara baik.2 tahun penantian,akhirnya peletak jawatan aku di terima...syukur

Misi seterusnya adalah kerja,ya harus aku fokuskan pada kerja dan mencari pelapis baru.Aku sudah mula membuat perancangan baru untuk berhijrah ke daerah lain untuk memulakan cita-cita yang tertangguh sejak dulu.Ini adalah hikmah yang Tuhan bagi pada aku untuk takdir yang langsung tidak pernah aku fikirkan.Ya jalan hidup yang tidak pernah aku harapkan dan yang pernah aku ragukan satu masa dulu.Tapi kini aku yakin dengan pilihan meskipun aku terpaksa melukai hati seseorang.Aku tahu rezeki,jodoh,ajal dan maut itu telah di tentukan.Tuhan tidak beri apa yang aku minta,sebaliknya Dia beri aku sesuatu yang lebih baik lagi daripada apa yang aku minta.





Terima kasih Tuhan,
kerana mendengar aku.
Terima kasih,
untuk hadiah bernialai ini...


3 comments:

Unknown said...

Semoga ada yang terbaik buat kamu. Rezeki hari ini, hargai..
Rezeki hari esok, belum pasti..hanya Tuhan yang memberi... :)

hanaahmad said...

Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita. Moga mudah segalanya bagi kamu. :)

ghost writer said...

wah, tak sangka kamu begitu punya keberanian untuk melakukannya. well done! ia satu risiko yang tak lebih dari satu kehidupan. kita semua perlukan kehidupan, dan risiko hanya rencah. apapun untuk melakukan sesuatu perlukan keberanian untuk memulakannya. tak kira apa. kamu pasti banggakannya.


untuk buku Lelaki SepaRA Khayal, akan dimaklumkan bila edisi kedua penerbitan dilakukan.